Seperti diumumkan pada minggu lepas, Epic Games akhirnya memperlihatkan secara rasmi kolaborasi untuk permainan battle royale mereka Fortnite dengan siri anime dan juga manga popular Naruto. Melalui kerjasama ini mereka telah menawarkan pelbagai barangan kosmetik berdasarkan siri tersebut, misi khas dan juga memberi peluang kepada pemain untuk melawat Hidden Leaf village.

Kostum yang akan disertakan adalah berdasarkan watak utama yang terdiri daripada Pasukan 7 iaitu Naruto, Sasuke, Sakura dan juga Kakashi. Ia menyertakan rekaan berdasarkan kostum mereka di dalam Shippuden, tambahan daripada itu Naruto dan Sakura mendapat kostum daripada siri Boruto manakala Sasuke menerima kostum Black Ops.

Bagi pilihan backbling ia menyertakan Pakkun, Demon Wind Shuriken, Hidden Leaf Cloak dan Scroll manakala pickaxe pula, ia akan menyertakan Black Ops, Kunai, Snake Sword dan Hidan’s Scythe. Bagi glider, ia akan menyertakan Kurama dan dua emote iaitu Summoning Jutsu dan Ramen Break.

Setiap barangan ini boleh didapatkan secara berasingan, ataupun melalui berkas di mana Epic Games menyertakan beberapa pilihan berkas iaitu The Naruto & Kakashi Bundle, The Sasuke & Sakura Bundle dan The Shinobi Gear Bundle.

Pemain juga boleh mencari Kakashi semasa bermain untuk mendapatkan pelbagai misi berdasarkan Ninja. Pemain juga boleh menggunakan senjata baharu iaitu Paper Bomb Kunai yang boleh dijumpai semasa bermain.

Epic Games dengan bantuan Vysena Studios juga telah menghasilkan Hidden Leaf village di dalam mod Creative di mana pemain boleh melawat pelbagai tempat popular seperti Hokage Residences dan Ichiraku. Pemain juga boleh melakukan misi untuk mengakses lebih banyak tempat seperti Final Valley dan Chunin Exam Arena.

Fortnite sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC. Ia juga dikeluarkan untuk Android tetapi bukan melalui Play Store.

Sohor Kini