Selepas Microsoft membayar RM30 bilion untuk mendapatkan Bethesda tidak mengejutkan jika permainan-permainan oleh studio tersebut hanya dikeluarkan untuk platform mereka iaitu Xbox dan juga PC.

Starfield, permainan mercu seterusnya oleh Bethesda dijangka akan tiba pada tahun 2022 sudah disahkan hanya akan tiba untuk Xbox Series dan PC. Melalui temubual bersama dengan GQ, Phil Spencer iaitu ketua Xbox mengatakan dia melihat perkara yang sama untuk The Elder Scrolls 6 yang buat masa ini tidak menerika tarikh pelancaran lagi.

Beliau mengatakan yang ia bukan untuk “menghukum” platform lain, akan tetapi lebih kepada ingin menyediakan pengalaman sepenuhnya untuk sesuatu permainan di platform mereka, dan menjadikan ia eksklusif adalah cara terbaik.

Beberapa tahun yang lepas, Microsoft sudah mengesahkan yang Starfield dan The Elder Scrolls 6 tidak akan dilancarkan di konsol generasi lepas. Oleh itu, kedua-dua permainan tersebut kini hanya akan tiba untuk Xbox Series dan PC.

Sohor Kini