The Pokmeon Company telah mengumumkan yang buat julung kalinya mereka Pokemon Battle Festival Asia 2021, selain menyertakan penstriman langsung untuk permainan baharu Pokemon, ia juga akan menyertakan kejohanan untuk permainan-permainan Pokemon iaitu;

  • Pokemon Brilliant Diamond / Pokemon Shinning Pearl
  • Pokemon Go
  • Pokemon Unite
  • Pokemon TCG

Kejohanan ini akan melibatkan pemain dari negara Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan dan Jepun. Pemain perlu melalui pusingan kelayakan mengikut negara sebelum bertemu dengan pemain terbaik dari benua lain.

Kesemua kejohanan ini akan dianjurkan secara dalam talian, dan peringkat kelayakan akan bermula mengikut tarikh-tarikh berbeza. Contohnya, pusingan kelayakan untuk Pokemon Go Malaysia akan bermula pada 26 November dan Pokemon Brilliant Diamond / Pokemon Shinning Pearl pada 22 Januari 2022.

Anda boleh lihat jadual penuh dan juga melakukan pendaftaran melalui pautan ini.

Sohor Kini