Xbox Game Pass for PC adalah satu perkhidmatan yang baik untuk pemain mencuba pelbagai jenis permainan tanpa memerlukan pembayaran harga penuh. Seperti perkhidmatan ini di Xbox, ia adalah satu yang sangat baik.

Namun, ia mempunyai beberapa kekurangan terutama bagi pemain-pemain di PC, antaranya adalah pada satu masa, pemain hanya boleh menggunakan satu tempat sahaja untuk memasang permainan. Ini menyusahkan bagi pemain yang menggunakan beberapa pilihan storan yang berlainan.

Selain itu, permainan yang terpasang juga tidak memberikan akses kepada fail permainan seperti permainan-permainan PC yang lain, ia akan menyukarkan pemain untuk mod sesuatu permainan dan juga melakukan penambah-baikkan secara terus.

Dua masalah ini mungkin bukan sesuatu yang penting untuk konsol, tetapi di PC, ia adalah perkara yang kebanyakan pemain akan guna. Oleh itu, ia adalah satu berita yang baik apabila Microsoft mengumumkan yang pemain bakal boleh menguruskan pemasangan dengan lebih mudah seperti pemasangan permainan di PC seperti biasa.

Bersama dengan sokongan tersebut, ia juga menjadikan mod kini boleh digunakan untuk permainan Xbox Game Pass for PC. Antara yang diperlihatkan adalah Mass Effect dan The Elder Scrolls V: Skyrim.

Selain itu, bagi pengguna Windows 11, Microsoft telah menyertakan fungsi Auto-HDR yang akan memberikan efek HDR untuk kebanyakan permainan secara automatik. Melalui kemaskini terbaru, ia akan memudahkan pemain untuk

Anda boleh tonton pengumuman penuh untuk fungsi baharu yang akan tiba di Xbox Game Pass for PC di bawah.

Bagi anda yang ingin mengetahui lanjut, ataupun ingin mengetahui cara untuk melanggan Xbox Games Pass for PC anda boleh membacanya di artikel – 5 Tip Penggunaan Xbox Game Pass for PC.

Sohor Kini