Behaviour Interactive telah mengumumkan yang Epic Games Store akan mula ditawarkan di Epic Games Store pada bulan Disember ini, ia akan menyertakan kesemua kandungan yang pernah tiba untuk permainan ini.

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang fungsi rentas platform disokong untuk membolehkan ia dimainkan bersama dengan pemain lain di semua platform ia dikeluarkan. Pemain juga boleh menggunakan akaun yang sama untuk membawa kemajuan.

Dead by Daylight sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC, ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5, Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini