KartRider Rush+ Musim 10 Membawa Pemain Ke Dunia Mitologi Norse

Nexon telah melancarkan musim baharu untuk KartRider Rush+ iaitu musim yang ke-10 bagi permainan tersebut. Bersama dengan musim ini mereka menyertakan pelbagai kandungan yang menggunakan dunia mitologi Norse sebagai tema.

Antara yang disertakan adalah senario baharu yang memfokuskan kepada kisah War Master dan juga Thunder Bringer. Ia juga menyertakan litar baharu iaitu God’s Realm dan Luminous Bridge yang membawa pemain ke Asgard.

Rekaan kart baharu juga disertakan antaranya adlaah Starship Solid, Lightning Chariot, Thunder Lancer, Fenrir Rover dan pelbagai lagi kart yang mempunyai rekaan bertemakan Norse.

Selain itu, diperkenalkan juga mod baharu iaitu Track Customization yang membolehkan pemain menghasilkan dan menghias litar sendiri. Nexon juga mengumumkan pelbagai acara disertakan di dalam permainan untuk musim ini.

KartRider Rush+ sudah dilancarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini