Microsoft Dan Gucci Hadir Dengan Xbox Termahal Dan Terburuk Di Pasaran

Microsoft dan jenama pakaian mewah Gucci telah bekerjasama untuk mengeluarkan Xbox Series X edisi terhad yang dinamakan sebagai ‘Xbox by Gucci’. Kerjasama ini akan hadir dengan 100 unit sahaja dan setiap satunya dijual dengan harga $10 ribu (~RM41 ribu).

Menjadikan ia adalah Xbox termahal di pasaran dan juga terburuk dengan rekaan Xbox yang dipenuhi dengan logo Gucci manakala alat kawalan terdapat jalur warna merah dan biru yang menjadi sesuatu kebiasaan untuk Gucci.

Bersama dengan konsol dan alat kawalan, ia juga hadir dengan beg Gucci yang mempunyai ruangan khas untuk menyimpan Xbox. Ia mempunyai rekaan biasa untuk beg Gucci tetapi dengan tulisan ‘XBOX’ yang buruk di bahagian hadapan.

Ini sudah semestinya satu barangan menyasarkan pengumpul, ataupun orang kaya yang mempunyai duit untuk dibuang. Bagi kita, orang biasa, sekadar berharap konsol generasi terkini akan dipertingkatkan stoknya. Xbox by Gucci akan mula ditawarkan pada 17 November 2021.

Sohor Kini