Among Us Menerima Kandungan Berdasarkan League of Legends

Selepas Fortnite dan PUBG Mobile sebelum ini, sekarang giliran Among Us pula menerima kandungan berdasarkan League of Legends bersempena dengan bermulanya siaran untuk siri animasi Arcane. Melalui Comsicube Arcane pemain boleh dapatkan pelbagai barangan kosmetik League of Legends.

Cosmicube merupakan sistem baharu yang dipekenalkan di dalam Among Us yang membolehkan pemain mendapatkan barangan kosmetik berdasarkan tema sesuatu Cosmicube di mana pemain boleh mengaktifkan kosmetik melalui sistem laluan bercabang dalam Cosmicube.

Baca: Among Us Menerima Roles Baharu Bersama Dengan Cosmicubes Untuk Mendapat Barangan Kosmetik

Cosmicube Arcane boleh didapatkan bermula sekarang sehingga 31 Disember, namun selepas diperoleh ia boleh diaktifkan bila-bila masa sahaja, walaupun selepas ia tidak lagi ditawarkan di dalam permainan.

Antara barangan yang boleh didapatkan melalui Comsicube Arcane adalah seperti berikut;

  • Rambut Heimerdinger
  • Misai Heimerdinger
  • Sut Heimerdinger
  • Poro Heimerdinger
  • Topi Keledar Penguat Kuasa
  • Baju Perisai Penguat Kuasa
  • Topi Caitlyn
  • Pakaian Seragam Caitlyn
  • Rambut Vi
  • Pakaian Vi
  • Rambut Jinx
  • Gogal Jinx
  • Pakaian Jinx
  • Rambut Jayce
  • Sut Council Jayce
  • Chomper
  • Gogal Claggor

Among Us sudah dikeluarkan untuk Nintendo Switch, PC, iOS dan Android. Ia juga akan dikeluarkan untuk PlayStation dan Xbox pada 14 Disember ini.

Arcane buat masa ini sudah menerima 6 episod dan anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Arcane Bahagian 1 – Berpotensi Menjadi Siri Animasi Terbaik Di Netflix.

Sohor Kini