Mihoyo hari ini telah mengumumkan yang Genshin Impact versi 2.3 akan dikeluarkan pada 24 November ini. Bersama dengan kemaskini ini, mereka akan menyertakan acara baharu yang membawa pemain kembali ke Dragonspine dan juga memperkenalkan dua watak baharu.
Anda boleh tonton treler pengumuman untuk versi baharu ini di bawah;
Acara utama untuk versi kali ini adalah Shadows Amidst Snowstorms yang memerlukan Traveler dan Paimon untuk kembali ke bukit tundra Dragonspine. Traveler akan disertai oleh Albedo, Eula dan ramai lagi rakan lama. Menyelesaikan acara ini pemain akan mendapat pelbagai ganjaran termasuk juga pedang 4-bintang Cinnabar Spindle.
Selain itu, terdapat juga acara di Inazuma di mana Traveler perlu menyiasat mengenai misteri kehilangan binatang-binatang kecil dan juga mengenai anjing Warrior Dog. Pemain boleh dapatkan alat yang boleh membentuk makhluk tertentu di Serenitea Pot.
Bagi watak pula, antara watak yang pemain akan diberi peluang sekali lagi untuk mendapatkannya adalah Albedo dan Eula yang akan tiba di dalam satu banner diikuti banner yang menyertakan dua watak baharu iaitu Arataki Itto dan juga Gorou.
Arataki Itto adalah watak 5-bintang yang menggunakan senjata Claymore dan mempunyai kuasa Geo, dia mempunyai kebolehan untuk bertukar menjadi Raging Oni King yang akan menguatkan lagi serangan
Gorou pula adalah watak 4-bintang yang sudah tiba di dalam penceritaan sebelum ini. Dia menggunakan panah dan juga kuasa Geo, mempunyai kebolehan untuk meningkatkan kekuatan rakan sepasukan bergantung kepada jumlah watak Geo di dalam kumpulan.
Boss baharu juga diperkenalkan iaitu Golden Wolflord yang akan bertempat di Pulau Tsurumi yang mempunyai kuasa Corrosion dan juga boleh memanggil Rifthound Skulls untuk menjadi perisai. Di peringkat seterusnya, dia juga akan menjadi lebih kuat tetapi akan menerima lebih banyak Geo damage.
Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.