Skip to main content

Permainan mudah alih baharu untuk siri PUBG iaitu PUBG: New State telah menerima lebih 10 juta muat turun di Play Store sahaja, berdasarkan pengumuman yang dikongsi oleh Krafton. Dengan kejayaan tersebut mereka juga akan memberikan ganjaran di dalam permainan untuk semua.

Kejayaan ini adalah bukan perkara yang mengejutkan, sebelum PUBG: New State dilancarkan lagi, ia telah menerima lebih 40 juta pra-pendaftaran, tambahan lagi kebanyakan pengguna iOS dan Android membuka tetapan muat turun secara automatik.

Namun, pencapaian ini tidak hadir tanpa sebarang masalah. Sehingga hari ini, permainan ini masih lagi kurang stabil. Ada masa ia mempunyai masalah untuk log masuk, ada masa ia mempunyai masalah prestasi dan walaupun ia satu permainan popular akan tetapi ada masa mengambil masa yang lama untuk mencari sesi permainan.

Krafton telah hadir dengan pelbagai kemaskini dan pelayan juga telah beberapa kali diselenggarakan akan tetapi masalah masih lagi berlaku. Ia mungkin akan mengambil beberapa hari lagi sebelum permainan ini betul-betul di tahap yang stabil.

PUBG: New State sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Leave a Reply