Ubisoft hari ini telah mengumumkan tarikh pelancaran baharu untuk Tom Clancy’s Rainbow Six Extraction, iaitu pada 20 Januari 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Extraction sepatutnya dilancarkan pada bulan September lepas tetapi telah tertunda di mana mereka sekadar mengatakan yang memerlukan lebih banyak masa untuk memberi pengalaman permainan yang terbaik semasa ia dilancarkan.

Bersama dengan pengumuman ini, mereka juga berkongsi video lanjut mengenainya yang anda boleh tonton di bawah.

Selain itu, Ubisoft juga mengumumkan sesi pra-tempahan kini dibuka dengan harga yang lebih rendah iaitu RM125 untuk edisi biasa dan RM159 untuk edisi Deluxe. Setiap pembelian juga akan diberikan dua token Buddy Pass yang membolehkan pemilik bermain bersama rakan tanpa mereka perlu membeli permainan ini untuk 14 hari.

Rainbow Six Extraction adalah permainan koperasi 1 hingga 3 pemain melawan musuh, berbeza dengan Rainbow Six Siege, permainan ini akan memfokuskan untuk pemain bekerjasama melawan penjahat yang digelar sebagai Arcahes. Bagi pemain Rainbow Six Siege, beberapa operator dan juga pelbagai gajet yang digunakan dalam permainan ini adalah sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan.

Sohor Kini