Penambahan Vaas: Insanity Untuk Far Cry 6 Akan Tiba 16 November

Ubisoft telah mengumumkan yang penambahan pertama untuk Far Cry 6 iaitu Vaas: Insanity akan dilancarkan pada 16 November ini. Penambahan ini adalah khusus untuk pemilik pas semusim yang boleh didapatkan dengan harga RM125.

Di dalam Vaas: Insanity, pemain akan menjadi Vaas iaitu watak jahat popular dari Far Cry 3 di mana pemain perlu melawan dengan pelbagai penjahat. Vaas akan bermula dengan pistol sahaja pada permulaan dan perlu mencari senjata baharu dan juga meningkatkan tahap.

Penceritaan mengenai Vaas juga akan disertakan dengan pemain ‘meneroka’ firkin dan jiwa Vaas untuk mengetahui lanjut mengenai watak tersebut. Michael Mando akan terus membawa watak ini.

Selain Vaas, Ubisoft juga mengumumkan Pagan: Control yang akan tiba sekitar bulan Januari tahun depan dan Joseph: Collapse yang akan tiba sekitar Mac 2022.

Far Cry 6 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC melalui Ubisoft Store dan juga Epic Games Store.

Sohor Kini