Skip to main content

Blizzard telah mengumumkan acara baharu untuk Overwatch iaitu New Blood Challenge yang akan berlangsung sehingga 23 November yang memberi peluang kepada pemain untuk mendapatkan barangan kosmetik termasuk juga kostum untuk Cole Cassidy.

Pemain sekadar perlu bermain (menang dikira 2 perlawanan) untuk mendapatkan ganjaran-ganjaran tersebut;

  • Main 9 Perlawanan – Ikon Pemain
  • Main 18 Perlawanan – Penyembur
  • Main 27 Perlawanan – Kostum Sandstorm Cassidy

Pemain juga boleh dapatkan penyembur dengan menonton strimer bermain Overwatch di Twitch bermula pada sekarang sehingga 23 November 2021.

Selain itu, Blizzard juga bekerjasama dengan Dark Horse untuk hadir dengan komik Overwatch: New Blood yang memfokuskan kepada watak Cole Cassidy. Komik ini ditulis oleh Ray Fawkes dan ilustrasi oleh Irene Koh. Ia akan mempunyai 5 episod, dan episod pertama sudah boleh dibaca melalui pautan ini.

Cole Cassidy merupakan nama baharu yang untuk Jesse McCree, Blizzard mengambil keputusan untuk mengubah nama ini selepas Jesse McCree yang juga nama untuk bekas pembangun di Blizzard yang terlibat dengan kes gangguan seksual.

Overwatch sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang. Overwatch 2 sudah diumumkan akan tetapi masih tiada tarikh pelancaran.

Leave a Reply