Skip to main content

Ketua Xbox, Phil Spencer telah mengumumkan yang Forza Horizon 5 yang dilancarkan pada 9 November lepas telah mempunyai 4.5 juta pemain selepas sehari dilancarkan. Jumlah ini adalah untuk pemain di Xbox, PC dan juga Cloud.

Beliau juga mengatakan yang ia memecah rekod untuk siri permainan ini, di mana ia mencatat jumlah pemain serentak 3 kali lebih tinggi berbanding Forza Horizon 4 dan ia juga adalah permainan dengan pelancaran terbesar untuk Xbox Game Pass.

Phil Spencer juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Playground Games iaitu pembangun untuk permainan tersebut.

Forza Horizon 5 sudah dikeluarkan untuk Xbox One, Xbox Series dan PC di Steam dan juga Windows Store. Ia juga disertakan di dalam Xbox Game Pass.

Leave a Reply