PUBG: New State Kini Dilancarkan Untuk iOS Dan Android

Seperti yang diumumkan oleh Krafton pada bulan lepas, PUBG: New State kini dilancarkan untuk iOS melalui App Store dan Android melalui Play Store ataupun Samsung Store.

PUBG: New State adalah versi baharu PUBG yang dibangunkan sendiri oleh PUBG Corp iaitu pembangun untuk PUBG versi konsol dan PC. PUBG Mobile dibangunkan serta diterbitkan oleh Tencent. Melalui New State ia akan berlaku di masa hadapan iaitu pada tahun 2051 dan akan menyertakan peralatan yang lebih berteknologi tinggi.

Bersempena dengan pelancaran ini, Krafton juga mengumumkan kempen “Play with Friends” bermula pada 15 November sehingga 21 November. Pemain hanya perlu log masuk setiap hari dan berpeluang untuk mendapatkan emote dan juga medals.

PUBG: New State dilancarkan sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini