Tiny Tina’s Assault on Dragon Keep merupakan DLC untuk Borderlands 2 yang dikeluarkan pada tahun 2013, bagi anda yang tidak pernah mencubannya ataupun ingin mengalaminya sekali lagi, Gearbox Software telah melancarkan semula sebagai permainan kendiri iaitu Tiny Tina’s Assault on Dragon Keep: A Wonderlands One-shot Adventure.

Permainan ini diumumkan untuk PlayStation, Xbox dan juga PC di Steam dan juga Epic Games Store. Ia ditawarkan dengan harga RM42 dan ditawarkan secara percuma di Epic Games Store sehingga 17 November 2021.

Epic Games Store: Tiny Tina’s Assault on Dragon Keep: A Wonderlands One-shot Adventure

Pelancaran semula ini sudah semestinya bersempena dengan Tiny Tina’s Wonderlands iaitu permainan sampingan untuk siri Borderlands yang akan dilancarkan pada 25 Mac 2022 untuk PlayStation, Xbox dan PC.

Sohor Kini