Bandai Namco hari ini telah mengumumkan berakhirnya perkhidmatan untuk permainan Jump Force dengan mengatakan yang permainan asas dan juga DLC tidak lagi akan dijual bermula pada 8 Februari 2022 untuk semua platform, selain itu pelayan untuk mod dalam talian juga akan ditutup pada 25 Ogos 2022.

Oleh itu, selepas Februari 2022 pemain tidak lagi boleh membeli Jump Force untuk versi digital, manakala selepas Ogos 2022, sebarang mod dalam talian tidak lagi boleh dimainkan. Mod solo dan luar talian masih lagi boleh dimainkan dan yang sudah memiliki Jump Force, ia masih lagi boleh dimuat turun.

Jump Force telah dilancarkan pada tahun 2019, ia adalah permainan yang menarik kerana menggunakan pelbagai watak Shonen Jump akan tetapi mempunyai bentuk permainan yang mengecewakan. Anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Jump Force – Permainan Impian Yang Gagal.

Sohor Kini