Netflix Games Kini Ditawarkan Untuk Pengguna iOS

Netflix sebelum ini telah melancarkan sebilangan permainan mudah alih untuk pengguna Android, dan bermula hari ini, mereka juga telah menawarkannya untuk pengguna iOS.

Seperti di Android, mereka menyertakan lima permainan iaitu Stranger Things: 1984 (BonusXP), Stranger Things 3: The Game (BonusXP), Shooting Hoops (Frosty Pop), Card Blast (Amuzo & Rogue Games), dan Teeter Up (Frosty Pop).

Riot Games juga mengumumkan yang Hextech Mayhem iaitu permainan runner berdasarkan League of Legends juga akan disertakan di dalam tawaran Netflix Games di masa hadapan.

Untuk bermain mana-mana permainan ini, anda perlu memuat turunya secara berasingan di App Store dan jika anda mempunyai aplikasi Netflix terpasang, ia akan disambung secara automatik.

Sohor Kini