Sports Interactive akhirnya melancarkan permainan seterusnya untuk siri permainan simulasi pengurusan bola sepak popular mereka iaitu Football Manager 2022. Terdapat beberapa edisi yang dilancarkan seperti berikut;

  • Football Manager 2022 untuk PC (Steam, Epic Games, Windows Store, Xbox Game Pass for PC)
  • Football Manager 2022 Xbox Edition untuk Xbox One dan Xbox Series (Xbox Store, Xbox Game Pass)
  • Football Manager 2022 Mobile untuk iOS dan Android
  • Football Manager 2022 Touch untuk Nintendo Switch

Anda boleh tonton treler pelancaran di bawah.

Satu kelainan mengenai pelancaran kali ini adalah Football Manager 2022 Touch hanya ditawarkan untuk Nintendo Switch, bagi permainan tahun lepas ia juga dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android. Touch adalah versi yang lebih mendalam berbanding Mobile tetapi lebih ringkas berbanding permainan penuh.

Football Manager 2022 ditawarkan dengan harga RM159 untuk PC, $39.99 untuk Xbox dan Nintendo Switch dan RM39.90 di App Store dan juga Play Store.

Baca: 8 Permainan Menarik Untuk Bulan November 2021

Sohor Kini