Blue Archive Kini Dilancarkan Untuk iOS Dan Android

Nexon akhirnya melancarkan Blue Archive iaitu permainan RPG Gacha untuk iOS dan Android, ia sebelum ini sudah dilancarkan di Jepun dan kini di bawa untuk pasaran global.

Anda boleh tonton video pengenalan di bawah.

Blue Archive dibangunkan oleh NAT Games memfokuskan kepada pelajar sekolah di mana anda akan menjadi cikgu untuk pelajar-pelajar ini. Ia menyertakan penceritaan tersendiri dan juga pelbagai perlawanan melawan sekolah berlainan.

Bersempena dengan pelancaran ini, Nexon menganjurkan acara Grand Open Launch Special sehingga 30 November di mana pemain berpeluang untuk mendapatkan;

  • 500 pyroxenes
  • Valentine tea table to decorate the Schale cafe
  • Shiny Bouquet

Selain itu, dengan log masuk setiap hari, pemain juga akan memperoleh;

  • Kredit di dalam permainan
  • Pyroxenes
  • 150 action points
  • Barangan “Beginner Activity Report” dan “Normal Activity Report” 

Sohor Kini