Red Solstice 2: Survivors Menerima DLC Baharu Dan Pas Semusim

505 Games dan Ironward telah mengumumkan DLC baharu untuk Red Solstice 2: Survivors iaitu Howell-Barrex Inc. dan ia juga akan menerima pas semusim bermula hari ini.

DLC ini memfokuskan kepada selepas jatuhnya Elysium Corporation, Howell-Barrex Inc ingin mengambil kesempatan untuk menjadi syarikat yang berkuasa. Pemain akan mengikuti watak Edward Howell, General Barrex dan Iron Hawks untuk melawan Strol. Ia menyertakan 11 misi penceritaan, 28 misi sampingan di 8 peta baharu.

Pemain juga dapat menggunakan Universal Bipedal Armoured System (UBAS) yang akan mempunyai pelbagai gaya serangan yang baharu. Ia akan mempunyai kebolehan tersendiri untuk dipertingkatkan.

Howell-Barrex Inc adalah DLC pertama untuk Red Solstice 2 dan mereka merancang untuk mengeluarkan tiga DLC lagi sepanjang tahun 2022. Mereka juga menawarkan Pas Semusim untuk keempat-empat DLC dengan harga RM79 ataupun membeli DLC secara berasingan dengan harga RM22.

Red Solstice 2: Survivors sudah dikeluarkan untuk PC, anda boleh dapatkan dengan harga promosi iaitu diskaun 40% sehingga 12 November.

Sohor Kini