Skip to main content

Prime Gaming, ataupun sebelum ini dikenali sebagai Twitch Prime merupakan perkhidmatan langganan bulanan oleh Amazon yang menawarkan pelbagai permainan video dan juga kandungan percuma setiap bulan, selain itu, ia juga menawarkan satu langganan di Twitch dan juga akses kepada Prime Video.

Bagi permainan percuma, pada bulan ini Prime Gaming telah menawarkan 9 permainan sehingga 2 Disember;

  • Dragon Age: Inquisition (sehingga 1 Disember)
  • Control: Ultimate Edition
  • Rise of the Tomb Raider (sehingga 15 November)
  • Puzzle Agent 2
  • Rogue Heroes: Ruins of Tasos
  • Secret Files: Sam Peters
  • BAFL – Brakes Are For Losers
  • Liberated
  • Demon Hunter 2: New Chapter

Dragon Age: Inquisition perlu ditebus melalui Origin, Control: Ultimate Edition di GOG dan Rise of the Tomb Raider di Epic Games Store,  permainan-permainan lain adalah melalui Amazon Games App dan kesemuannya adalah untuk PC sahaja.

Anda boleh langgan Prime Gaming di pautan ini, bagi pelanggan baharu, anda boleh mencubanya selama 7 hari, dan jika diteruskan caj $5.99 (~RM25) sebulan akan dikenakan. Bagi kami ia sangat berbaloi terutama jika anda sering mengikut penstrimer di Twitch ataupun ingin menonton sebarang siri di Prime Video.

Leave a Reply