Konami telah melancarkan kemaskini terbaru untuk eFootball selepas tertunda sebelum ini akan tetapi tampaknya pemain perlu menunggu lebih lama untuk kemaskini seterusnya dan juga sebelum ia menjadi satu permainan penuh.

Mereka hari ini telah mengumumkan yang kemaskini 1.0.0 yang akan menyertakan pelbagai mod lain termasuk juga penambahan skuad di dalam permainan tersebut telah ditunda ke suku kedua tahun depan. Ia sebelum ini diumumkan akan tiba pada 11 November 2021.

Bersama dengan pengumuman ini, mereka juga mengatakan pemain yang membeli Premium Player Pack akan menerima pembayaran balik akibat penundaan ini. Premium Player Pack menawarkan kontrak yang boleh digunakan untuk mendapatkan pemain akan tetapi mod tersebut hanya akan tiba apabila kemaskini 1.0.0 dilancarkan.

Selain itu, Konami juga mengesahkan perkara yang sama untuk eFootball 2022 Mobile yang sepatutnya menggantikan PES Mobile 2021 juga ditunda ke tahun depan juga, ia sepatutnya tiba pada akhir tahun ini.

eFootball 2022 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC. Buat masa ini ia adalah sekadar ‘demo’ untuk eFootball 2022 dengan tidak banyak kandungan disertakan.

Baca: Masalah eFootball Bukan Sekadar Kandungan Terhad, Tetapi Pelbagai Masalah Lain

Sohor Kini