Permainan Riot Games Kini Ditawarkan Melalui Epic Games Store

Riot Games telah membawa permainan-permainan PC mereka ke dalam Epic Games Store iaitu League of Legends, Valorant, Legends of Runeterra dan Teamfight Tactics.

Namun, atas sebab yang tidak diketahui, League of Legends dan Teamfight Tactics tidak dapat diakses oleh pemain di Malaysia, hanya Valorant dan Legends of Runeterra sahaja yang boleh dicari di Epic Games Store.

Walaupun ditawarkan melalui Epic Games Store, sebarang muat turun dan pemasangan akan melalui Riot Client. Ini adalah seperti penawaran Genshin Impact di Epic Games Store, ia masih lagi terpasang melalui klien oleh Mihoyo sendiri dan sebarang pembelian di dalam permainan tidak akan melalui Epic Games Store.

Epic Games sebelum ini sudah mengatakan yang mereka ingin hadir dengan gedung yang terbuka dan tidak akan terhad kepada permainan yang ditawarkan oleh mereka sahaja. Ini termasuk menawarkan gedung permainan tersendiri seperti itch.io.

Sohor Kini