Bandai Namco telah berkongsi video 15 minit bentuk permainan untuk permainan seterusnya oleh From Software iaitu Elden Ring. Melaluinya, mereka telah memperlihatkan pelbagai elemen di dalam permainan ini yang membawa kesamaan dengan Dark Soul tetapi juga lebih segar berbanding permainan mereka sebelum ini.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Dari segi pertempuran ia masih terasa seperti satu permainan Dark Soul akan tetapi Elden Ring menyertakan pelbagai jenis kuasa yang memberikan perasaan ia lebih satu permainan aksi. Ini termasuk juga kuasa Summon yang pemain boleh gunakan.

Pengembaraan di dalamnya juga diperluaskan dan pemain boleh melakukannya dengan menunggang seekor kuda magis yang akan hilang apabila tidak digunakan. Ia juga melompat tinggi di tempat-tempat tertentu bagi memudahkan pemain untuk menaiki kawasan yang tinggi.

Mengembangkan lagi elemen pengembaraan, pemain juga mempunyai peta yang boleh dibuka dengan mencari serpihan untuknya. Anda juga boleh meletakkan penanda sendiri untuk menjadi rujukan kemudian.

Satu lagi elemen yang mungkin tidak biasa untuk Dark Soul, Elden Ring juga memfokuskan kepada stealth. Jika pemain melalui satu kawasan yang mempunyai ramai penjahat dan tidak ingin bertempur, pemain boleh memilih untuk bergerak secara bersembunyi dan senyap.

Elden Ring akan dikeluarkan pada 25 Februari 2021 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Sesi pra-tempahan juga kini dibuka.

Sohor Kini