EA dan Maxis telah mengumumkan penambahan terbaru untuk The Sims 4 iaitu Blooming Rooms Kit dan juga penambahan mod baharu secara percuma iaitu Scenarios.

Blooming Rooms Kit akan dilancarkan pada 9 November di semua platform, melaluinya pemain akan diberikan pelbagai hiasan dan peralatan untuk menghias dalam rumah dengan tumbuh-tumbuhan. Ia tidak akan memerlukan traits ‘green thumb’.

Manakala mod baharu pula iaitu Scenarios akan memberikan pemain satu penceritaan yang telah ditetapkan akan tetapi pemain akan diberikan pelbagai pilihan untuk mempunyai penceritaan yang berbeza.

Mod ini sudah tiba kepada semua pemain dengan dua pilihan penceritaan iaitu Finding Love After a Breakup dan Making Money. Penceritaan Too Many Toddlers akan disertakan buat masa terhad bermula hari ini sehingga 6 November. Penceritaan akan ditambah dari semasa ke semasa.

The Sims 4 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini