Siri animasi berdasarkan League of Legends iaitu Arcane akan disiarkan bermula pada 6 November ini di Netflix. Bersempena dengan siaran tersebut, Riot Games telah mengumumkan sambutan Riot x Arcane, iaitu sambutan selama sebulan yang akan turut melibatkan kesemua permainan mereka.

Baca: Ini Adalah Treler Akhir Untuk Arcane, Siri Animasi League of Legends – Tiba 6 November Ini

Anda boleh tonton video pengumuman untuk Riot x Arcane di bawah.

Sambutan ini bermula dengan World Championship Show Open yang akan menerima persembahan oleh Imagine Dragons, PVRIS, Bea Miller, JID dan Denzel Curry. Ia boleh ditonton melalui Youtube dan juga Twitch pada 6 November.

Hari yang sama, Riot Games juga akan menganjurkan sesi tontonan beramai-ramai untuk episod pertama Arcane di mana ia akan dipertontonkan bukan sahaja di Netflix tetapi juga di Youtube dan Twitch, anda boleh tonton di Twitch untuk mendapat pelbagai ganjaran.

Selain itu, setiap permainan juga akan menyediakan kandungan tersendiri untuk acara Riot x Arcane ini;

League of Legends

  • Kostum percuma berdasarkan Arcane untuk Jayce, Vi, Caitlyn, dan Jinx
  • Kemaskini pramusim yang menyertakan elemen baharu, drake, barangan dan runes
  • Karya dan kemaskini untuk Caitlyn

League of Legends: Wild Rift

  • Acara dalam permainan berdasarkan Arcane
  • Kostum Arcane untuk Jinx dan Vi secara percuma dengan log masuk harian
  • Watak Jayce dan Caitlyn di dalam acara Hextech Heist
  • Guild vs Guild – Jinx vs Vi

Legends of Runeterra

  • Pengenalan mod baharu: The Path of Champions
  • Champion baharu: Jayce
  • Kad bertema dari Piltover dan Zaun
  • Pas Acara Mega

Teamfight Tactics

  • Pelancaran set Gizmos dan Gadget
  • Tacticians bertemakan Arcane dan pengenalan Chibi Champions
  • mod baharu, Double Up

Valorant

  • Pas Riot x Arcane Percuma
  • Barangan dalam permainan
  • Arcane’s Collector Set
  • Agent baharu – Chamber

Permainan-permainan Riot Games sudah dikeluarkan untuk PC, Legends of Runeterra juga dikeluarkan untuk iOS dan Android. Manakala League of Legends: Wild Rift hanya dikeluarkan untuk iOS dan Android. Kesemuanya adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini