Nexon telah mengumumkan yang kejohanan untuk KartRider Rush+ akan dikembangkan untuk melibatkan lebih banyak negara dari Asia melalui Asian Champions Cup. Oleh itu, dua kejohanan Race Masters bagi tahun ini akan menjadi satu dan dijadikan sebagai pusingan kelayakan untuk kejohanan baharu tersebut.

Oleh itu, Pusingan Kelayakan Race Master: Asian Champions Cup akan berlangsung tidak lama lagi dengan pendaftaran kini dibuka sehingga 7 November dan anda boleh lakukannya melalui pautan ini.

Selain mendapat 1 slot untuk mewakili Asia Tenggara di kejohanan Asian Champions Cup bersama dengan hadiah tunai bersama dengan barangan di dalam permainan seperti berikut;

  • Tempat Pertama: $2000 + Slot ke Asians Champions Cup
  • Tempat Kedua: $1000
  • Tempat Ketiga: $600
  • Tempat Keempat: $400

Tambahan daripada itu, 16 pemain terbaik juga akan menerima ganjaran di dalam permainan, Silver Gear Starter dan 1,000 K-Coins.

KartRider Rush+ sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini