Yoodo telah mengumumkan yang PUBG Mobile Campus Championship (PMCC) akan kembali pada tahun ini, dan ia berlangsung bermula 30 Oktober sehingga 21 November 2021. Penganjuran kali ini adalah dengan kerjasama bersama dengan Mission Foods iaitu pengeluar makanan ringan seperti Mission Corn Strips.

PMCC 2021 menyasarkan penglibatan lebih 1 ribu pelajar kolej dan juga universiti seluruh negara untuk merebut hadiah terkumpul RM60 ribu. Peringkat kelayakan akan dibahagi mengikut negeri seperti berikut;

  • Pusat (Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya)
  • Selatan (Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya)
  • Utara (Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak)
  • Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang)
  • Borneo (Sabah, Sarawak, Labuan)

16 pasukan terbaik dari peringkat kelayakan akan melayakkan diri ke peringkat akhir yang berlangsung pada 20 sehingga 21 November 2021. Anda boleh mengikut kejohanan ini melalui laman Facebook Yoodo Gaming.

Sohor Kini