Netflix hari ini telah berkongsi treler terakhir untuk siri animasi berdasarkan permainan MOBA popular League of Legends iaitu Arcane yang akan mula disiarkan pada 6 November ini.
Anda boleh tonton video tersebut di bawah.
Arcane akan memfokuskan kepada perhubungan di antara dua bandar iaitu Piltover dan Zaun, perhubungan mereka menjadi lebih teruk apabila terhasilnya hextech iaitu memboleh sesiapa sahaja mengawal tenaga magis. Selain itu terdapat dadah iaitu shimmer yang menjadikan manusia kepada raksasa.
Siri ini akan menyertakan ramai watak popular seperti Vi, Jinx, Caitlyn, Jayce dan juga Viktor.
Seperti diumumkan sebelum ini, Arcane akan dikeluarkan secara tiga bab di mana setiap bab akan mempunyai 3 episod, tarikh siaran adalah seperti berikut;
- Bab 1 (Episod 1-3): 6 November
- Bab 2 (Episod 4-6): 13 November
- Bab 3 (Episod 7-9): 20 November