Epic Games Store telah menawarkan satu permainan percuma sebagai tawaran mingguan mereka iaitu Darq Complete Edition. Ia boleh ditebus bermula sekarang sehingga 4 November 2021.

Darq: Complete Edition adalah permainan pengembaraan side scroller di mana pemain akan mengawal Lloyd yang sedang bermimpi tetapi tidak dapat keluar daripada mimpi tersebut. Pemain perlu lalui pelbagai halangan dan tekaria untuk keluar. Complete Edition akan menyertakan dua DLC iaitu The Crypt dan The Tower.

Epic Games Store: Darq: Complete Edition

Selepas tawaran ini berakhir, Epic Games Store akan menawarkan satu permainan iaitu Aven Colony yang akan mula ditawarkan pada 4 November sehingga 12 November ini.

Selain itu, Epic Games Store juga sedang menganjurkan jualan promosi bersempena dengan Halloween, dan anda boleh lihat senarai penuh permainan yang ditawarkan dengan harga promosi melalui pautan ini.

Sohor Kini