Pada tahun 2019, Nexon telah mengumumkan KartRider: Drift akan dikeluarkan untuk Xbox One dan juga PC, hari ini ketika persidangan PlayStation State of Play, mereka juga mengesahkan yang ia akan turut tiba untuk PlayStation 4. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Anda boleh tonton treler baharu untuknya di bawah.

Selain itu, mereka juga mengumumkan yang sesi beta tertutup akan dianjurkan pada bulan Disember ini dan pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan ini. Namun, ia adalah terhad kepada beberapa negara sahaja dan Malaysia tidak tersenarai.

KartRider: Drift akan dikeluarkan sebagai permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini