Square Enix dan tri-Ace ketika persidangan PlayStation State of Play telah mengumumkan permainan terbaru untuk siri Star Ocean mereka iaitu Star Ocean The Divine Force. Ini menjadikan permainan utama keenam untuk siri ini di mana permainan terakhir dikeluarkan pada tahun 2016 iaitu Star Ocean: Integrity and Faithlessness.

Star Ocean The Divine Force akan dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5 pada tahun 2022. Anda boleh tonton treler pengumuman di bawah.

Mereka mengesahkan yang The Divine Force akan membawa konsep “double hero” di mana pemain boleh memilih di antara dua watak sebagai watak utama iaitu Raymond dan Laeticia. Penceritaan yang disampaikan melalui perspektif berbeza mengikut watak yang digunakan.

Permainan ini juga tampaknya memberikan pemain cara untuk bergerak dengan lebih mudah, pemain boleh terbang kemana sahaja untuk mengembara. Mereka juga mengatakan yang The Divine Force adalah permainan Star Ocean yang mempunyai sistem pertempuran yang terpantas di dalam siri ini.

Sohor Kini