Pixar hari ini telah berkongsi satu treler acah untuk filem animasi seterusnya oleh mereka iaitu Lightyear. Ia merupakan filem yang memfokuskan kepada Buzz Lightyear.

Buzz Lightyear mungkin lebih dikenali sebagai patung di dalam siri Toy Story akan tetapi kali ini ia adalah mengenai seorang angkasawan yang menjadi inspirasi kepada penghasilan patung tersebut.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Lightyear akan diarahkan oleh Angus MacLane yang merupakan pengarah bersama untuk filem Finding Dory, Buzz Lightyear akan disuarakan oleh Chris Evans dan Galyn Susman akan menjadi penerbit. Ia akan dikeluarkan pada 17 Jun 2022.

Sohor Kini