Ubisoft telah mengumumkan yang kandungan baharu iaitu Operation Motherland akan tiba di Tom Clancy’s Ghost Recon Blackpoint pada 2 November ini. Antara yang disertakan adalah mod, kumpulan penjahat dan juga senjata baharu seperti M110, ACR dan SR-1.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Mod alternatif baharu yang diperkenalkan adalah Conquest di mana setiap misi akan memberi impak kepada dinamik dunia permainan seperti mempertingkatkan pengawalan Outcast ataupun mengurangkan penjahat. Pemain juga boleh menggunakan Optical Camo di dalam mod ini.

Ia juga akan memperkenalkan sistem peningkatan tahap yang baharu iaitu menyertakan objektif jangka masa panjang dengan had XP dipertingkatkan kepada 99.

Tom Clancy’s Ghost Recon Breakpoint sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini