Square Enix dan Eidos Montreal akhirnya melancarkan permainan seterusnya untuk IP berdasarkan Marvel iaitu Marvel’s Guardian of the Galaxy untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Ia juga dilancarkan untuk Nintendo Switch tetapi versi Cloud.

Ia adalah permainan aksi pengembaraan third person dan memfokuskan kepada penceritaan dan sesi permainan secara solo. Pemain akan menjadi Peter Quill/Star-Lord dan bertempur dengan rakan Guardian of the Galaxy. Walaupun pemain hanya dapat mengawal Star-Lord akan tetapi pemain juga boleh memberi arahan kepada watak lain untuk melakukan serangan tertentu.

Dengan memfokuskan kepada penceritaan, permainan ini juga mempunyai pilihan dialog yang akan menentukan perjalanan plot di dalamnya dan juga perhubungan dengan watak-watak lain.

Bersempena dengan pelancaran ini, mereka juga telah berkongsi satu treler yang berkongsi lanjut mengenainya. Anda boleh tonton di bawah.

Melalui ulasan awal yang dikeluarkan untuk permainan ini, ia telah menerima satu ulasan yang baik dengan mendapat markah 81 di Metacritic untuk versi PS5 dan 83 untuk versi Xbox Series. Namun, berdasarkan ulasan di PC ia mungkin ada sedikit masalah jika ingin dibandingkan dengan versi konsol.

Guardians of the Galaxy boleh mula di pra-tempah dengan harga RM249 untuk edisi biasa. Setiap pembelian buat masa terhad akan memberikan kostum untuk kesemua ahli Guardians.

Sohor Kini