DigixArt telah melancarkan permainan terbaru mereka iaitu Road 96 pada bulan Ogos lepas, minggu ini mereka telah mengumumkan satu dokumentari berdasarkan kesukaran mereka untuk membangunkan permainan tersebut iaitu ‘On the Road 96’.

Anda boleh tonton treler untuknya di bawah.

Dengan pelbagai masalah seperti kewangan, Covid-19 dan juga tarikh akhir telah membawa pelbagai cabaran semasa pembangunan permainan ini. Namun, ia masih lagi menjadi satu permainan yang lebih besar dari jangkaan mereka.

Anda boleh sewa dokumentari ini di Steam dengan harga RM5.50 ataupun beli dengan harga RM10.50. Ia juga boleh didapati bersama dengan permainan dan juga pelbagai kandungan lain dengan harga RM75.28. Road 96 juga dilancarkan untuk Nintendo Switch.

Sohor Kini