Disney hari ini telah mengumumkan yang mereka akan menganjurkan sambutan Hari Disney+ Hotstar pada 12 November ini, bersempena dengannya mereka akan menawarkan pelbagai kandungan baharu.

Berikut adalah kandungan-kandungan yang akan tiba pada 12 November;

  • Shang-Chi and The Legend of The Ten Rings
  • Jungle Cruise
  • Home Sweet Home Alone
  • Olaf Presents – memaparkan beberapa kisah klasik Disney yang diceritakan semula oleh orang salji Frozen yang digemari ramai
  • Ciao Alberto
  • Filem pendek baharu daripada The Simpsons
  • Lima episod pertama daripada musim 2 The World According to Jeff Goldblum
  • Sebuah rancangan khusus yang meraikan asal usul dan legasi pemburu bayaran legenda Star Wars bernama Boba Fett
  • Sebuah rancangan khusus yang meraikan Marvel Cinematic Universe di Disney+ Hotstar yang memberikan gambaran sepintas lalu tentang program-program akan datang
  • Dopesick

Selain itu, mereka juga akan berkongsi penstriman Disney+ Day yang akan berkongsi pengumuman kandungan, treler dan juga berita terbaru mengenai kandungan mereka.

Mereka juga mengumumkan pelancaran rasmi Disney+ di Korea Selatan dan Taiwan pada 12 November ini, diikuti dengan Hong Kong pada 16 November.

Disney+ Hotstar sudah dilancarkan di Malaysia dengan harga langganan RM54.90 untuk tiga bulan, ia juga ditawarkan untuk pelanggan Astro.

Sohor Kini