Saber Interactive, Illogical dan EP1T0ME hari ini telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan permainan video berdasarkan filem A Quiet Place. Ia adalah permainan solo yang memfokuskan kepada penceritaan. Ia diumumkan akan tiba pada tahun 2022.

A Quiet Place adalah filem arahan John Krasinski yang dilakonkan oleh dirinya sendiri bersama dengan Emily Blunt, filem pertama dikeluarkan pada tahun 2018 dan filem kedua tiba pada tahun ini.

Filem ini adalah mengenai dunia yang sudah dijajah oleh makhluk asing yang tidak dapat melihat akan tetapi mempunyai pendengaran yang sangat kuat. Oleh itu, manusia yang ingin menyelamatkan diri perlu hidup dengan keadaan yang sangat senyap.

Mereka akan berkongsi lanjut mengenai permainan ini sekitar tahun ini, dan mengatakan yang ia akan memfokuskan kepada penceritaan yang berlaku di dalam dunia A Quiet Place tetapi besar kemungkinan tidak akan berkait dengan keluarga Abbott.

Sohor Kini