Melalui sesi temubual bersama dengan Jason Schreier untuk Bloomberg, pengasas Ember Lab iaitu Mike Grier dan Josh Grier telah mengatakan yang jualan untuk Kena: Bridge of Spirits adalah sesuatu yang diluar jangkaan mereka dan juga telah mendapatkan balik kos pembangunan untuk permainan tersebut.

Dengan kejayaan ini, mereka juga mengatakan yang Ember Lab kini boleh menjadi studio permainan yang penuh, sebelum ini, mereka adalah studio animasi yang menghasilkan kandungan pengiklanan. Mereka masih tidak pasti mengenai permainan seterusnya tetapi ingin hadir dengan permainan yang memfokuskan kepada penceritaan seperti Kena.

Kena: Bridge of Spirits sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan juga PC melalui Epic Games Store.

Sohor Kini