Valve telah berkongsi senarai jualan promosi yang akan tiba di Steam melalui dokumen untuk pembangun dan juga penerbit, tetapi ia boleh juga diakses secara umum melalui pautan ini.

Berdasarkan senarai ini, jualan promosi terdekat adalah bersempena dengan Halloween yang akan bermula pada 28 Oktober sehingga 1 November. Diikuti dengan jualan promosi musim luruh iaitu pada 24 November sehingga 30 November. Penutup bagi tahun ini adalah jualan promosi musim sejuk pada 22 Disember 2021 sehingga 5 Januari 2022.

Senarai ini adalah untuk jualan promosi utama sahaja, dan jualan-jualan hujung minggu dan juga jualan khusus untuk pembangun kebiasaanya akan turut tiba hampir setiap minggu.

Sohor Kini