Mihoyo hari ini telah mengumumkan yang mereka akan menganjurkan Hoyo Fest untuk benua Asia Tenggara iaitu di Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia. Vietnam akan dianjurkan di masa yang lain.

Melalui acara ini, mereka akan bekerjasama dengan restoran tempatan untuk hadir dengan tema hiasan permainan mereka seperti Honkai Impact 3rd, Tears of Themis dan juga Genshin Impact. Restoran tersebut juga akan hadir dengan menu khas.

Di Malaysia, restoran yang terlibat adalah my Burger Lab dan berikut adalah tarikh pengajuran mengikut permainan;

  • Honkai Impact 3rd: 5 November – 16 November
  • Tears of Themis: 19 November – 30 November
  • Genshin Impact: 3 Disember – 14 Disember

Pada hari penganjuran, Mihoyo juga akan membuka kedai pop up yang akan menjual pelbagai barangan berdasarkan permainan-permainan tersebut. Anda boleh layari laman rasmi Hoyo Fest untuk maklumat lanjut.

Sohor Kini