Seperti dikongsi sebelum ini, musim baharu untuk Apex Legends akan bermula pada 2 November iaitu Apex Legends: Escape, melaluinya ia akan menyertakan peta baharu iaitu Storm Point, Legend Ash dan juga senjata C.A.R SMG.

Minggu ini, EA dan Respawn Entertainment juga telah berkongsi treler pelancaran untuk musim baharu ini dan ia boleh ditonton di bawah.

Peta baharu yang diperkenalkan adalah Storm Point ia adalah peta yang bertempat di pulau, ia merupakan peta terbesar di dalam Apex Legends iaitu 15% lebih besar berbanding World’s Edge.

Di peta ini, belon peluncur tidak lagi disertakan, sebaliknya ia menyertakan Gravity Cannons yang akan melancarkan pemain ke udara untuk mempercepatkan pergerakan bagi memudahkan untuk keluar daripada circle atau melakukan pusingan strategik.

Selain bertempur dengan Legend lain, pemain juga akan melawan dengan haiwan liar yang terdapat di peta ini, antaranya adalah prowlers, spiders dan flyers.

Legend baharu adalah Ash yang merupakan satu robot tetapi telah diberikan jiwa berdasarkan Dr. Ashleigh Reid yang terbunuh. Dia mempunyai kebolehan Arc Snare di mana ia akan mencederakan lawan dengan kejutan elektrik dan juga mengikat pemain tersebut di satu tempat untuk satu jangka masa.

Bagi kebolehan pasif, Ash akan dapat melihat lokasi deathbox yang terbaru dan juga pemain yang membunuh di peta. Kebolehan Ultimate pula, Ash akan membuka satu portal untuk bergerak dengan cepat ke sesuatu kawasan.

Senjata baharu yang diperkenalkan adalah Combat Advanced Round SMG (C.A.R SMG) yang boleh menembak menggunakan peluru Light ataupun Heavy. Seperti biasa musim baharu juga hadir dengan Battle Pass baharu dan permulaan baharu untuk musim Ranked.

Apex Legends sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini