Seorang pengguna Reddit telah berkongsi mengenai Warner Bros sedang membangunkan satu permainan Brawler seperti Super Smash Bros, yang akan menggunakan pelbagai watak di bawah IP mereka. Perkongsian ini kemudiannya disahkan oleh Jeff Grubb tetapi mengatakan ia tidak dibangunkan oleh NetherRealm.

Antara watak yang dikatakan akan tiba adalah seperti berikut;

  • Shaggy (Scooby Doo)
  • Gandalf (Lord of the Rings)
  • Tom & Jerry
  • Batman
  • Fred Flinstone
  • Mad Max
  • Johnny Bravo

Walaupun tiada pengesahan akan tetapi Warner Bros telah memfailkan tanda dagang untuk nama Multiversus yang mungkin akan menjadi judul bagi permainan ini.

Genre pertempuran platform ini dipopularkan oleh Super Smash Bros akan tetapi oleh kerana ia hanya dikeluarkan untuk konsol Nintendo, ia membuka ruang kepada pembangun-pembangun lain untuk menghasilkannya di platform lain.

Baca: 5 Permainan Seakan Super Smash Bros. Ultimate Untuk PC

Sumber Gambar : Diego Blanco

Sohor Kini