Steam telah berkongsi senarai permainan yang menjana pendapatan tertinggi untuk bulan September, senarai ini hanya menyertakan permainan yang dikeluarkan pada bulan lepas, dan mengambil kira jumlah pendapatan dalam masa 2 minggu ia dilancarkan.

Antara permainan yang tersenarai adalah permainan baharu untuk beberapa siri seperti Tales of Arise, Life is Strange: True Colors dan NBA 2K22. Terdapat juga beberapa permainan yang telah dikeluarkan sebelum ini tetapi baru tiba di Steam seperti Minecraft Dungeons, A Total War Saga: Troy dan juga IP baharu seperti Deathloop dan New World.

Berikut adalah senarai 20 permainan tetapi tidak disusun mengikut sebarang aturan;

  • Minecraft Dungeons
  • Tales of Arise
  • Eastward
  • A Total War Saga: Troy
  • Pathfinder: Wrath of the Righteous
  • Madness: Project Nexus
  • Hot Wheels Unleashed
  • Life is Strange: True Colors
  • Deathloop
  • New World
  • World War Z: Aftermath
  • Cookie Clicker
  • Train Simulator 2022
  • Melty Blood: Type Lumina
  • NBA 2K22
  • Timberborn
  • Potion Craft: Alchemist Simulator
  • Gas Station Simulator
  • Medieval Dynasty
  • Final Fantasy IV

Selain senarai di atas, Valve juga membahagikan senarai kepada beberapa kategori seperti permainan percuma, permainan Remastered, dan juga pembangun yang melancarkan permainan buat pertama kali di Steam. Anda boleh lihat kategori-kategori ini dan juga senarai penuh di laman Steam.

Sohor Kini