Nuverse telah mengumumkan acara masa terhad bersempena dengan Halloween untuk permainan MMORPG Ragnarox X: Next Generation, selain Prontera dihiaskan dengan hiasan dan juga hadirnya buah labu, kelawar dan juga hantu akan memberi perasaan sambutan Halloween kepada permainan.

Selain itu, pemain juga berpeluang untuk mendapatkan pelbagai ganjaran dengan melakukan Halloween Revelry Party. Bermula pada 31 Oktober sehingga 11 November, pemain yang sudah mencapai tahap 35 boleh menyertai acara ini dengan bercakap dengan Jakk berhampiran dengan Patung Odin.

Setiap hari bermula pada pulu 8 sehingga 9 malam, Jakk akan menjemput pelbagai penjahat termasuk juga boss tahap MVP untuk pemain bertempur. Menyelesaikannya pemain akan mendapat Halloween Badge dan juga coklat yang mempunyai kelebihan tersendiri bersama dengan ganjaran biasa untuk melawan mereka.

Pemain kemudiannya boleh menukar Halloween Badge untuk mendapatkan barangan bertemakan Halloween seperti Deviling Hat dan juga kostum Ahli Sihir. Jakk hanya akan berada di dalam permainan 7 hari selepas acara berakhir, jadi pastikan anda menggunakan Halloween yang anda peroleh sebelumnya.

Nuverse juga telah mengumumkan yang mod Sistem GvG rentas pelayan sangat popular di kalangan pemain oleh itu mereka akan menyertakan mod tersebut. secara tetap di dalam permainan ini.

Ragnarok X: Next Generation sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini