Jesse McCree selain nama watak di dalam Overwatch, adalah juga nama kepada bekas Ketua Pereka Diablo IV yang meninggalkan Blizzard selepas antara nama yang dikatakan terlibat dengan kes gangguan seksual.

Oleh disebabkan perkara tersebut, Blizzard telah mengumumkan yang mereka akan menukar nama untuk watak di dalam Overwatch dan mereka telah mengumumkan yang dia akan menggunakan nama Cole Cassidy. Penukaran nama ini akan berlaku pada 26 Oktober 2021.

Mengikut penceritaan, Blizzard menjadikan Jesse McCree sebagai nama samaran yang digunakan oleh Cole Cassidy untuk lari dari masa silam. Namun kali ini, dia akan menggunakan nama sebenar sebagai simbolik yang bersedia untuk bergerak ke depan.

Ini bukanlah satu-satunya watak ataupun permainan yang terlibat, Blizzard juga telah menukar nama salah seorang watak di dalam World of Warcraft yang juga dinamakan bersempena dengan pembangun mereka.

Blizzard juga telah mengumumkan yang mereka tidak akan lagi menamakan watak di dalam permainan video berdasarkan nama-nama pembangun untuk mengelakkan perkara ini berulang.

Overwatch sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang. Overwatch 2 sudah diumumkan akan tetapi masih tiada tarikh pelancaran.

Sohor Kini