Starbreeze telah melakukan penstriman langsung bersempena dengan ulang tahun ke-10 permainan merompak multi-pemain mereka iaitu Payday. Di dalam penstriman tersebut mereka telah berkongsi serba sedikit mengenai Payday 3 yang diumumkan akan tiba pada tahun 2023.
Antara yang dikongsi adalah, mereka mengesahkan empat watak utama akan terus kekal iaitu Dallas, Hoxton, Chains dan Wolf di mana ia berlaku beberapa tahun selepas Payday 2 dan mereka berempat terpaksa kembali menjadi perompak.
Selain itu, mereka juga mengatakan yang Payday 3 akan berlaku di Bandar New York dan turut menyertakan jenayah teknologi seperti mata wang kripto, dark web dan juga pelbagai teknologi lain.
Buat masa ini Payday 3 diumumkan untuk konsol dan PC tetapi tidak disahkan jika ia juga turut dikeluarkan untuk konsol generasi lepas ataupun konsol generasi terkini sahaja.