Sehingga hari ini, aku masih ingat lagi filem Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Zombi Kilang Biskut, dan antara yang terkini 18 Puasa: Di Kampong Pisang. Filem-filem ini adalah hasil karya seniman Malaysia – Mamat Khalid.

Filem beliau seringkali menggunakan tema Satira, komedi yang berbeza serta menekankan keadaan semasa masyarakat kita dan juga antara yang berani dengan pelbagai jenaka berkaitan isu semasa.

Dukacita dimaklumkan, beliau dilaporkan telah meninggal dunia pagi tadi 12.30 a.m pada usia 58 tahun. Beliau dikatakan jatuh pengsan di Sarang Art Hub, Tanjung Malim. Ketika dikejarkan ke Hospital Slim River, Perak – beliau telah menghembuskan nafas terakhir.

Beliau mula dilaporkan kritikal pada dua tahun lalu, sekitar hujung Januari 2019 atas penyakit paru-paru dan masalah jantung. Kini kehilangan beliau dalam industri seni tanah air, pasti akan dirindui.

Sohor Kini