eFootball 2022 telah pun dilancarkan pada September lepas dengan kandungan yang terhad, Konami mengatakan yang penambahan kandungan akan disertakan dari semasa ke semasa melalui kemaskini.

Namun, permainan tersebut dilancarkan bukan sahaja kandungan terhad, akan tetapi ia juga mempunyai pelbagai masalah lain terutama dari segi prestasi permainan.

Baca: Masalah eFootball Bukan Sekadar Kandungan Terhad, Tetapi Pelbagai Masalah Lain

Minggu ini, Konami telah mengumumkan yang kemaskini seterusnya untuk permainan tersebut iaitu kemaskini 0.9.1 yang dijangka tiba pada bulan ini telah ditunda ke awal November. Menurut Konami lagi, ini adalah agar dapat memberi lebih masa kepada pembangun untuk mempertingkatkan lagi kualiti permainan tersebut.

Mereka akan mengumumkan tarikh sebenar untuk kemaskini ini, termasuk juga apa yang ditambah ataupun diperbaiki di masa hadapan.

eFootball 2022 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini